SEMAK BUDI MADANI RON95 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI MINYAK PETROL 2025
Kerajaan Madani telah mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia yang menepati kelayakan yang telah ditetapkan bakal menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter untuk subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang akan mula berkuat kuasa pada 30 September 2025 ini.
Bagaimanakah semak Budi Madani RON95? Ikuti maklumat serta info baru mengenai bantuan di bawah.
BACA JUGA: CHECK E KASIH 2025
SEMAK SYARAT KELAYAKAN BUDI MADANI RON95
Rakyat boleh semak terlebih dahulu untuk kenal pasti sama ada layak atau tidak untuk menjadi penerima:
- Rakyat Malaysia: Anda mestilah warganegara Malaysia. Warga asing tidak akan layak untuk program ini.
- Kriteria Pendapatan: Kelayakan tidak lagi bergantung pada kategori B40 atau M40. Sebaliknya, ia berdasarkan kriteria pendapatan yang lebih terperinci, seperti Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) yang direkodkan dalam PADU. Ini memastikan mereka yang benar-benar memerlukan, tidak kira dari mana-mana latar belakang, dapat bantuan.
- Pemilik Kenderaan: Anda perlu memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar.
- Penunggang motosikal berusia 16 tahun ke atas.
- Pekerja gig & belia yang bergantung pada kenderaan untuk harian.
Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.
SEMAK STATUS PENERIMA BUDI MADANI RON95 SECARA ONLINE
Kini, anda boleh membuat semakan status penerima sama ada layak atau tidak secara dalam talian sahaja berpandukan arahan dibawah:
- SEMAKAN STATUS PENERIMA BUDI 95 SECARA ONLINE
- Rakyat yang ingin membuat semakan secara online boleh merujuk langkah-langkah di bawah dengan teliti:
- Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di sini: https://www.budi95.gov.my/landing
- Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
- Tekan butang Semak Kelayakan Individu.
- Seterusnya, sila masukkan no. MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
- Klik butang Semak Kelayakan.
- Status ‘LAYAK‘ akan dipaparkan sekiranyan anda layak untuk kategori individu.
- Selesai.
KAEDAH TEBUS GUNA BANTUAN BUDI RON95
Bantuan ini menggunakah kaedah seperti berikut untuk mendapatkan bantuan subsidi minyak petrol ini:
- Letakkan MyKad di Pam: Apabila anda tiba di pam minyak, ambil MyKad anda dan masukkan ke dalam terminal pembaca khas yang disediakan.
- Sistem Menyemak Kelayakan: Sistem akan secara automatik membaca cip MyKad anda dan menyemak kelayakan anda dengan pangkalan data PADU. Ini hanya mengambil masa beberapa saat.
- Paparan Harga: Jika anda layak, paparan skrin akan menunjukkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter. Anda boleh terus mengisi minyak seperti biasa.
- Buat Bayaran: Setelah selesai mengisi, anda boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, kad debit, atau e-dompet di pam yang sama.
- Jika Tidak Layak: Jika sistem menunjukkan anda tidak layak, paparan skrin akan memaparkan harga pasaran penuh (dianggarkan RM2.76 seliter). Anda boleh teruskan untuk mengisi minyak pada harga ini atau beralih ke pam yang lain jika anda mahu.
TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN
- Pada 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
- Pada 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
- Pada 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
RUJUKAN
Penulisan artikel ini hanyalah untuk berkongsi info serta maklumat mengenai bantuan yang dilancarkan oleh kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan di sini adalah dirujuk daripada portal rasmi kerajaan yang seperti disenaraikan berikut. Orang ramai digalakkan untuk sentiasa merujuk portal-portal rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.
- Portal Rasmi PADU: https://www.padu.gov.my/
- Kementerian Kewangan Malaysia: https://www.mof.gov.my/
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): https://www.jpn.gov.my/
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN): https://www.kpdn.gov.my/