SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH RM900 2025
Jumlah kemiskinan di negeri Sabah amat dipantau oleh kerajaan dek kerana jurang kemiskinan itu amat ketara bila dibandingkan dengan negeri lain.
Bantuan ini amat membantu penduduk Sabah yang tidak mampu untuk menampung bebanan kos keperluan asas dalam kehidupan seharian.
Bagaimanakah semak bantuan SYUKUR Sabah? Ikuti info seterusnya dibawah.
BACA JUGA: CARA BELI MINYAK MASAK PEKET
PENGENALAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Bantuan ini membenarkan penerima yang terdiri daripada rakyat Sabah dan berkelayakan bagi membeli barangan keperluan serta meringankan bebanan yang ditanggung ekoran kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
Penerima bantuan yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM900 setiap 3 bulan yang disalurkan melalui 4 fasa sehingga 31 Disember 2025. Setiap penerima sekurang-kurangnya akan menerima RM300 sebulan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Berikut merupakan kriteria yang diperlukan untuk menerima manfaat daripada bantuan ini:
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
SEMAK JADUAL BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Rujuk jadual berikut untuk ketahui bayaran yang akan dilakukan mengikut fasa yang ditetapkan:
FASA PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pertama (1) Januari – Mac | Februari 2025 |
Kedua (2) April – Jun | April – Mei 2025 |
Ketiga (3) Julai – September | September 2025 |
Keempat (4) Oktober – Disember | November 2025 |
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH
Langkah-langkah berikut merupakan cara untuk membuat semakan status penerima bantuan ini:
- Layari laman Portal Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/