SEMAK BANTUAN MYKAD : 2025 (RM200 / RM100 / RM50 SETIAP BULAN)
Pada bulan Januari hingga Mac 2025, bantuan SARA disalurkan sebanyak RM100 sebulan ke dalam MyKad penerima. Bermula April 2025 pula, penyaluran bantuan telah ditingkatkan kepada RM200 sebulan.
Sistem penyaluran secara seragam ini merupakan penambahbaikan daripada tahun lalu yang mana penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun sahaja kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagaimanakah semak bantuan MyKad? Ikuti info berikutnya dibawah.
BACA JUGA: SEMAKAN SKAS 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Senarai berikut merupakan kelayakan yang perlu ada pada individu penerima bantuan:
- Warganegara Malaysia;
- Bersatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SEMAK CARA PENYALURAN BANTUAN KE MYKAD
Setiap bulan, penerima akan disalurkan sejumlah bantuan ke dalam MyKad yang didaftarkan dan boleh menggunakannya untuk membeli kelengkapan asas yang disenaraikan oleh MyKasih.
Jumlah bantuan yang disalurkan adalah berdasarkan kategori yang diluluskan semasa permohonan dilakukan sebelum ini.
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD
Penerima boleh membuat semakan status dan semakan baki dengan melayari salah satu daripada dua pautan berikut:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]