SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH : SEMAKAN STATUS PENERIMA RM100

SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH : SEMAKAN STATUS PENERIMA RM100

Rakyat yang berkelayakan menerima bantuan Rahmah setiap bulan adalah merupakan daripada golongan miskin dan miskin tegar yang disenaraikan dalam data eKasih. Selain itu, penerima STR yang daripada kategori isi rumah dan warga emas tanpa pasangan juga turut menerima bantuan ini secara bulanan.

Bagaimanakah semak bantuan asas rahmah? Ikuti panduan dan info terbaru yang disediakan di dalam artikel ini.

BACA JUGA: BANTUAN LESEN PERCUMA

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH

Penerima boleh melakukan semakan status dengan melayari salah satu pautan berikut:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
    1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
    2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
    3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
    4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    6. Klik [Semak Status].
    7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
    9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
    1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
    3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
    4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
    5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
    7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    8. Semakan Permohonan
    9. Maklumat Pembayaran
    10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    12. Selesai.

BANTUAN SARA ONE OFF DALAM MYKAD

Selain penyaluran secara bulanan, Kementerian Kewangan juga telah mengumumkan bahawa bantuan SARA secara one off juga turut akan disalurkan pada Hari Kemerdekaan yang ke-68 nanti.

Semua rakyat yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak menjadi penerima bantuan ini. Rujuk panduan berikut:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah di sini : https://sara.gov.my.
  2. Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan dan klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Anda akan dibawa ke paparan MyKasih.
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah secara one off akan dipaparkan.
  7. Sekiranya LAYAK, anda boleh membeli mulai Tarikh Program Bermula (31 Ogos 2025) sehingga Tarikh Program Berakhir (31 Disember 2025).
  8. Selesai.

SEMAK BAKI BANTUAN ASAS RAHMAH DALAM MYKAD

Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk membuat semakan baki yang ada dalam MyKad selepas digunakan:

  • Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
    1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
    2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
    3. Klik pada ikon [TNG Card].
    4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
    5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
    6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
    7. Klik pada butang [Submit].
    8. Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    9. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
    1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
    2. Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
    3. Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    4. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
    1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
    2. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
    3. Selesai.

PANDUAN MEMBELI BARANGAN ASAS RAHMAH

Bantuan yang disalurkan ke MyKad boleh digunakan untuk membuat pembelian di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar dengan merujuk panduan pembelian yang betul seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment