SARA RM100 2025 : (ONE OFF) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SARA RM100 2025 : (ONE OFF) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan yang disalurkan ke MyKad penerima pada Hari Kemerdekaan kelak merupakan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan secara langsung atau one off kepada penerima.

Bagaimanakah SARA RM100 2025? Sila ikuti info serta maklumat terkini di bawah berikut.

BACA JUGA: SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100 2025

Kerajaan telah menetapkan dua syarat yang utama untuk menjadi penerima bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN

Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan dikreditkan dalam kad pengenalan (IC) semua rakyat dewasa Malaysia secara one-off (sekaligus) bermula pada 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM100 2025

Bagi mengetahui semakan status kelayakan untuk penerima bantuan one off ini, turuti panduan berikut:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA TEBUS GUNA BANTUAN

Penebusan bantuan ini boleh digunakan seperti berikut:

  1. Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
  3. Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
  6. Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.

Catatan: Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment