SARA RM100 2025 : (ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan secara one off atau sekaligus telah diperkenalkan oleh kerajaan yang akan disalurkan pada 31 Ogos 2025 kepada semua rakyat yang berumur 18 tahun dan ke atas melalui kad pengenalan masing-masing.
Penyaluran bantuan ini adalah untuk membantu rakyat bagi membeli keperluan barangan asas yang disenaraikan oleh program MyKasih.
Bagaimanakah SARA RM100? Sila teruskan pembacaan sehingga ke bawah untuk ketahui info terkini mengnai bantuan.
BACA JUGA: BARANGAN DAPUR MYKASIH 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA RM100
Sumbangan untuk rakyat yang baru diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini memerlukan dua kriteria berikut untuk ditepati:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan tambahan daripada program Sumbangan Asas Rahmah 2025 ini akan mula disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan pada 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 bagi tujuan pembelian barangan keperluan asas.
CARA PENEBUSAN BANTUAN ONE OFF
Bantuan one off yang bakal disalurkan ke kad pengenalan penerima kelak boleh digunakan dengan cara berikut:
- Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
- Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
- Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
Catatan: Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM100
Rakyat yang ingin mengetahui status kelayakan akan bantuan one off yang akan disalurkan nanti, boleh merujuk panduan berikut:
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]