SARA ONE OFF RM100 : SEMAKAN ONLINE 2025

SARA ONE OFF RM100 : SEMAKAN ONLINE 2025

Jabatan Pendaftaran Negara telah memaklumkan bahawa kad pengenalan hanya digunakan untuk medium pengesahan maklumat bertujuan untuk verifikasi bahawa individu tersebut merupakan penerima bantuan SARA. Ianya bukan digunakan untuk menyimpan atau memindahkan wang.

Oleh itu, sentiasa berwaspada dengan pihak luar yang mendakwa mereka boleh mengeluarkan duit bantuan daripada MyKad anda. Anda dinasihatkan untuk sentiasa semak info-info terkini di sumber rasmi seperti laman web Kementerian Kewangan atau agen-agen yang berkaitan.

Apakah SARA one off RM100? Ikuti maklumat berikutnya dibawah ini.

BACA JUGA: MY SALAM 2025

BANTUAN SARA ONE OFF RM100

Pada Hari Kebangsaan yang ke 68 kelak, bantuan akan disalurkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas menerusi MyKad masing-masing. Jumlah bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM100 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

Penyaluran bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sepertimana bantuan MyKasih sebelum ini di 4100 buah kedai runcit dan pasaraya di seluruh Malaysia.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA ONE OFF RM100

Panduan berikut disediakan untuk anda yang ingin membuat semakan status mengenai bantuan ini:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Catatan: Untuk semakan status penerima SARA Untuk Semua adalah bermula pada 21 Ogos 2025.

CARA SEMAK BAKI BANTUAN DALAM IC

Semakan baki bantuan boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:

  • Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada ikon [TNG Card].
  4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
  6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
  7. Klik pada butang [Submit].
  8. Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
  9. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
  1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
  2. Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
  3. Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
  4. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
  1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
  2. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
  3. Selesai.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment