SARA MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Sumbangan Asas Rahmah 2025 merupakan bantuan kerajaan yang menyasarkan kepada golongan miskin dan miskin tegar di Malaysia. Golongan ini akan menerima bantuan untuk membeli kelengkapan barangan asas secara bulanan dan melalui kad pengenalan masing-masing.
Bagaimana SARA MyKasih 2025 online? Ikuti maklumat seterusnya dibawah.
BACA JUGA: LOGIN BANTUAN TUNAI HASIL
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025 ONLINE
Bantuan ini memerlukan individu untuk mempunyai kriteria seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Bersatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN
Penerima boleh rujuk jadual dibawah untuk ketahui tarikh penyaluran bantuan:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH 2025 ONLINE
Bantuan ini disalurkan secara bulanan dan boleh disemak dengan kaedah berikut:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]