SARA BULANAN : SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Bermula 9 Januari 2026, Jumaat akan disalurkan bantuan SARA kepada semua penerima yang berkelayakan mengikut kategori yang diluluskan.
Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan secara dalam talian untuk mengetahui sama ada wang bantuan sudah disalurkan ke dalam kad pengenalan masing-masing atau belum.
Apakah SARA bulanan? Ikuti lagi info dan maklumat terkini yang disediakan dibawah.
BACA JUGA: KELAYAKAN STR
SEMAK STATUS PENERIMA SARA BULANAN
Penerima boleh menggunakan cara berikut untuk membuat semakan status kelayakan terkini:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH SALURAN BANTUAN SARA 2026
Tarikh rasmi penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 adalah pada 9 Januari 2026 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Kebiasaannya penyaluran bantuan adalah pada 1 haribulan setiap bulan.
Penerima digalakkan untuk memastikan kad pengenalan masing-masing adalah aktif supaya tidak berlaku masalah semasa ingin melakukan pembelian.
JUMLAH BAYARAN SARA BULANAN SECARA KESELURUHAN
Secara keseluruhan, bantuan yang disalurkan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | RM600 |
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]