SARA BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Terdapat tiga kategori yang disenaraikan untuk penerima bantuan SARA 2026 ini iaitu kategori isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan juga bujang.
Jumlah bantuan yang disalurkan boleh dirujuk di dalam artikel ini.
Apakah SARA bujang 2026? Sila teruskan mengikuti penulisan artikel ini untuk ketahui maklumat terkini.
BACA JUGA: KELAYAKAN STR
SEMAK KELAYAKAN SARA BUJANG 2026
Terdapat dua cara untuk semak status kelayakan yang boleh digunakan iaitu:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Tarikh penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan mula dikreditkan pada 9 Januari 2026, Jumaat ini. Orang ramai sudah boleh memastikan kad pengenalan masing-masing adalah aktif dan boleh digunakan untuk membuat pembelian barangan keperluan kelak.
JUMLAH BAYARAN SARA BUJANG 2026
Penyaluran bantuan adalah mengikut kategori masing-masing seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | RM600 |
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]