RM100 MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bermula 31 Ogos 2025, semua rakyat dewasa Malaysia yang berkelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM100 yang disalurkan ke dalam MyKad penerima masing-masing untuk membuat pembelian barangan keperluan.
Apakah RM100 MyKad? Ikuti info berikutnya di bawah.
BACA JUGA: LOGIN MYSARA
SEMAKAN STATUS PENERIMA RM100 MYKAD
Orang ramai boleh membuat semakan dengan melayari pautan berikut untuk ketahui status terkini sebagai penerima:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN SARA
Rujuk senarai berikut untuk ketahui barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan:
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
PANDUAN MENGGUNAKAN BANTUAN RM100 MYKAD
Ikuti panduan yang betul untuk membuat pembelian di kedai dan pasaraya:
- Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
- Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
- Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
- Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]