PSKR FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH (RM900)

PSKR FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH (RM900)

Program bantuan Sabah kali ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah dengan harapan agar masalah kemiskinan di negeri ini dapat dibasmi dengan jayanya.

Pemberian bantuan ini adalah secara berperingkat dan bulanan dengan disalurkan kepada rakyat Sabah yang berkelayakan.

Apakah PSKR? Ikuti info serta maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN SARA HIDUP 2025

APA ITU BANTUAN SABAH

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ini adalah satu inisiatif kerajaan Negeri Sabah dalam membantu rakyatnya mengharungi cabaran kos sara hidup yang tinggi dan memenuhi keperluan asas rakyat yang memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN PSKR

Beberapa syarat ada dikenakan kepada penerima bantuan supaya yang memerlukan sahaja dapat menerima manfaat bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; ATAU
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Bantuan ini akan disalurkan secara berfasa dan berperingkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Satu (Fasa 1)Bermula 19 Februari 2025
Dua (Fasa 2)April – Mei 2025
Tiga (Fasa 3)Ogos – September 2025
Empat (Fasa 4)Oktober – Disember 2025

Catatan: Penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024. Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.

JUMLAH BANTUAN PSKR 2025

Kadar penyaluran bantuan adalah sama bagi setiap penerima iaitu RM300 sebulan. Penerimaan adalah secara berfasa seperti berikut:

FASAAMAUNAGIHAN BERMULA
Fasa 1
Januari – Mac
RM 900Februari
Fasa 2
April – Jun
RM 900April
Fasa 3
Julai – September
RM 900Ogos
Fasa 4
Oktober – Disember
RM 900Oktober

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN

Pembayaran bantuan kepada penerima adalah melalui kaedah berikut:

  • Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
  • Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
  • Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO

SEMAKAN STATUS BANTUAN PSKR

Penerima boleh membuat semakan status menerusi dalam talian dengan mengikuti panduan berikut:

  1. Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. Tekan butang (Semak).
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, syukur.sabah.gov.my.
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik (Semak).
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

CARA BUAT PERMOHONAN BARU PSKR

Individu yang tercicir tetapi mempunyai kelayakan boleh membuat permohonan baru dengan merujuk panduan dibawah:

  1. Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
  2. Pengguna akan dibawa masuk ke Laman Utama PANGKALAN DATA NEGERI SABAH (PADANS).
  3. Untuk Permohonan Baru, sila ke pilihan (Permohonan Baharu SKR) sebelah kanan atas sekali di skrin anda.
  4. Klik butang (Permohonan Baharu SKR).
  5. Anda akan dibawa ke Laman Daftar Akaun Pengguna.
  6. Pemohon yang Pertama Kali ingin memohon, sila isi Maklumat lengkap dan sahih di bahagian ini.
  7. Isi Nama Pemohon, No. Kad Pengenalan, Email, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan.
  8. Seterusnya tekan (Daftar Pengguna).
  9. Ikuti langkah seterusnya yang dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment