PORTAL RASMI SARA : SEMAKAN STATUS ONLINE RM100 ONE OFF

PORTAL RASMI SARA : SEMAKAN STATUS ONLINE RM100 ONE OFF

Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas sudah boleh membuat semakan status mengenai bantuan SARA one off yang akan disalurkan pada Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68 kelak.

Apakah portal rasmi SARA? Sila teruskan pembacaan sehingga ke bawah untuk mengetahui info-info terkini mengenai bantuan.

BACA JUGA: SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH

SEMAKAN STATUS PENERIMA DI PORTAL RASMI SARA

Ikuti panduan berikut untuk ketahui cara membuat semakan status sebagai penerima bantuan:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. Selesai.

CARA MEMBELI BARANGAN KEPERLUAN SARA

Bantuan ini mempunyai cara pembelian yang telah ditetapkan dan harus dituruti bagi mengelakkan berlakunya masalah sewaktu ingin melakukan pembayaran di kaunter. Rujuk panduan dibawah:

  1. Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
  3. Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
  6. Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
  7. Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.

SENARAI BARANGAN ASAS DI PORTAL RASMI SARA

Barangan keperluan asas yang disenaraikan dalam portal adalah barangan yang hanya boleh dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan iaitu:

  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP

KAEDAH SEMAK BAKI DALAM MYKAD

Baki bantuan selepas digunakan boleh disemak dengan menggunakan tiga kaedah berikut:

  • Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
    1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
    2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
    3. Klik pada ikon [TNG Card].
    4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
    5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
    6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
    7. Klik pada butang [Submit].
    8. Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    9. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
    1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
    2. Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
    3. Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    4. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
    1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
    2. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
    3. Selesai.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment