PERMOHONAN CIKGU COS 2026 : CARA DAFTAR GURU COS

PERMOHONAN CIKGU COS 2026 : CARA DAFTAR GURU COS

Permohonan untuk menjadi guru 2026 atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 telah mula dibuka pada 2 Mac 2026 sehingga 20 Mac 2026. Jawatan sebagai guru ini adalah secara Contract of Service (CoS) atau kontrak yang mana diadakan bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar di sekolah-sekolah seluruh negara.

Para lepasan graduan bukan pendidikan boleh cuba untuk memohon dengan merujuk panduan yang ada disediakan di sini.

Bagaimanakah permohonan cikgu COS 2026? Ikuti info berikutnya di bawah.

BACA JUGA: SYUKUR SABAH 2026 PERMOHONAN

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Berikut merupakan beberapa syarat yang dikemukakan untuk memohon jawatan ini:

  • SYARAT UMUM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Sihat tubuh badan
  3. Aktif kokurikulum pada peringkat universiti
  4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan dan;
  5. Memiliki BMI semasa tidak melebihi 32.5.
  • SYARAT AKADEMIK
  1. Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti awam atau swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  2. Pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 2.50
  3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf yang diiktiraf kerajaan.
  • CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
  1. Graduan Pendidikan termasuk individu yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)
  2. Guru Lantikan Kontrak Interim (LKI)
  3. Guru kontrak (Lantikan SPP)
  4. Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan awam
  5. Seorang bankrap dan belum dilepaskan

CATATAN: Graduan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) boleh memohon di Portal SPP.

CARA PERMOHONAN CIKGU COS 2026

KPM telah mengumumkan bahawa permohonan guru CoS KPM 2026 akan dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui portal myPDPP dalam tempoh yang ditetapkan.

Layari portal rasmi di pautan berikut : https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/

Setelah memohon dan ditawarkan pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS), calon akan diwajibkan untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP).

Pengendalian program ini dilakukan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan untuk menjadi tenaga pengajar. Sepanjang tempoh kontrak, calon haruslah membiayai program pendidikan tersebut dengan sendiri.

Berikut merupakan nama dan jenis jawatan yang ditawarkan:

  • Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Guru sekolah rendah)
  • Taraf penjawatan: Contract of Service (CoS)

TARIKH PERMOHONAN CIKGU COS 2026

Berikut merupakan tarikh yang perlu anda beri perhatian untuk program ini:

PERKARATARIKH
Hebahan Panggilan Guru23 Februari 2026
Permohonan Dibuka2-20 Mac 2026
Proses Saringan Temu Duga27 April – 14 Mei 2026

RUJUKAN

Artikel ini ditulis berdasarkan info sahih yang ada di laman utama Kementerian Pendidikan Malaysia dan untuk memudahkan capaian orang ramai. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan info terkini mengenai pengambilan guru 2026, sila rujuk:

Leave a Comment