PERMOHONAN BANTUAN SARA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Pada tahun 2026, kerajaan akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan bagi Bantuan STR dan SARA, yang akan disalurkan berdasarkan kelayakan serta kategori penerima yang telah ditetapkan.
Menerusi Belanjawan 2026, peruntukan bagi bantuan ini turut dinaikkan kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion pada tahun 2025, sebagai usaha berterusan membantu rakyat yang memerlukan.
Ingin tahu cara membuat semakan SARA 2026 dan mendapatkan maklumat terkini?
Ikuti panduan lengkap serta info rasmi dan sahih yang kami sediakan di bawah.
BACA JUGA DI SINI : PERMOHONAN STR 2026 : BANTUAN TUNAI SUMBANGAN RAHMAH 2026
SEMAKAN KELAYAKAN TERIMA BANTUAN SARA 2026
Terdapat dua laman web yang boleh digunakan untuk membuat semakan status kelayakan penerima bantuan SARA 2026 ini iaitu seperti berikut:
- Cara semakan status kelayakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN SARA
Bagi tahun 2026, kerajaan meneruskan inisiatif Bantuan SARA bagi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Permohonan Bantuan SARA 2026 boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi STR. Pemohon hanya perlu log masuk akaun, kemas kini maklumat peribadi, dan sahkan butiran permohonan sebelum tarikh tutup yang akan diumumkan.
Pastikan anda menyemak syarat kelayakan terkini, termasuk kategori isi rumah, bujang, dan warga emas, agar permohonan tidak ditolak.
Untuk semakan status Bantuan SARA 2026, pemohon boleh melakukannya di portal yang sama setelah tempoh permohonan ditutup.
Ikuti panduan langkah demi langkah yang disediakan di bawah bagi memastikan permohonan anda lengkap dan berjaya.
CARA REGISTER MYSTR 2026
Bagi yang belum tahu,bantuan SARA akan diagihkan berpandukan maklumat yang anda kemaskini di dalam akaun MYSTR anda.Pendaftaran akaun untuk mySTR boleh dilakukan dengan merujuk panduan di bawah:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
CARA LOG IN SARA 2026
Bagi memastikan pendaftaran akaun di mySTR adalah berjaya, anda digalakkan untuk mencuba log masuk. Anda boleh merujuk panduan di bawah untuk melakukannya:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA 2026
Rajah dibawah menunjukkan jumlah bayaran yang akan disalurkan kepada penerima bantuan SARA 2026:
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
---|---|
Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]
Kami sebagai penulis artikel hanya berkongsi beberapa maklumat penting dan sahih untuk warganet serta memudahkan untuk capaian anda. Info-info yang ditulis adalah dipetik daripada Portal Rasmi SARA dan juga STR.
PENAFIAN
Maklumat mengenai Permohonan Bantuan SARA 2026 yang dikongsikan di laman ini adalah untuk tujuan informasi umum sahaja. Segala butiran berkaitan tarikh permohonan, syarat kelayakan, jumlah bantuan, dan kaedah pembayaran adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh pihak kerajaan Malaysia melalui portal rasmi Bantuan Tunai Rakyat (STR) atau agensi berkaitan.
Laman ini tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan dan tidak memproses sebarang permohonan bantuan. Pengguna disarankan untuk merujuk laman rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
Info Bantuan Kerajaan 2026 (Semak Di Sini)