PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2026 : SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN MYLESEN B2
Bantuan permohonan lesen untuk golongan belia dan pelajar ini hanyalah terhad kepada kuota seramai 5,000 peserta sahaja. Hal ini dijalankan supaya golongan ini mendapat lesen memandu dengan tanpa memikirkan beban kewangan.
Seluruh kos perbelanjaan bagi program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan yang mana tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimanakah pendaftaran lesen percuma 2026? Ikuti lagi maklumat dan info terbaru mengenai program ini di bawah.
BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN PLKN
PROGRAM LESEN PERCUMA B2
Kerajaan telah memulakan satu inisiatif untuk golongan B40 atau tanggungan yang tidak mampu untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM). Program MyLesen B2 bertujuan membantu penerima yang ingin mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 tanpa dikenakan sebarang bayaran dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.
Bantuan khas ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun semasa permohonan dibuat. Bagi tahun 2025, pelaksanaannya telah diperluaskan ke institusi pendidikan, dalam usaha memudahkan pelajar serta golongan belia daripada keluarga kurang berkemampuan memperoleh lesen motosikal.
Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) akan menguruskan jadual latihan, sesi pembelajaran, serta ujian memandu, di samping mengumumkan tarikh ujian praktikal kepada peserta.
Semua modul latihan serta kelulusan ujian mengikut prosedur ditetapkan harus dijalani oleh peserta sebelum lesen dapat dikeluarkan.
Selain itu, JPJ turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi melaksanakan program ini di peringkat sekolah, khususnya untuk membantu pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah supaya memperoleh lesen B2 secara sah dan selamat.
SYARAT PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2026
Berikut merupakan syarat yang perlu ada pada penerima program ini supaya yang betul-betul layak sahaja dapat menikmati kelebihan yang disediakan ini:
- Warganegara Malaysia
- Golongan B40 dan tanggungan
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026
- Bebas daripada senarai hitam PDRM, JPJ dan mahkamah
- Sihat fizikal dan mental
- Keutamaan kepada ahli Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian.
KOS BAYARAN PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2026
Seperti yang dimaklumkan, tiada yuran dan kos bayaran yang perlu diselesaikan untuk mendapatkan bantuan lesen percuma ini sekiranya peserta layak untuk mendapatkannya.
Semua kos latihan dan ujian adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan. Selain itu, kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta kerana ianya tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.
TEMPOH WAKTU LATIHAN DAN UJIAN
Berikut merupakan tempoh dan prosedur yang perlu dijalani oleh peserta iaitu kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu yang ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan:
- KELAS LESEN: B2
- Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
- Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
- Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
- Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
- Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
- Ujian JPJ
Walaupun begitu, sekiranya peserta gagal untuk menamatkan Program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu selama 3 bulan, peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2.
CARA PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2026
Selepas menyemak syarat-syarat yang dikenakan dan anda memenuhi semua kriteria yang disenaraikan, anda boleh melakukan pendaftaran seperti berikut:
- Hadir ke Pejabat JPJ Negeri di seluruh Malaysia
- Borang Permohonan MyLesen B2 / 2026 : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfbHvjaMDweMWeinMnQKTNk-3uzaRYJWvsyUBNbvziKXqYKQA/viewform
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel: [email protected] atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.
- Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Twitter: JPJ_Malaysia
- Instagram: JPJMalaysia
- Youtube: JPJMalaysia
- Telegram: JPJ_Malaysia