PEMBAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE
Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, penyaluran untuk Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa yang ketiga akan bermula pada hari ini. Penyaluran bantuan ini adalah berbeza dengan bantuan SARA di mana penerima akan mendapat bantuan secara tunai yang dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Bagaimanakah pembayaran STR fasa 3? Ikuti maklumat berikutnya yang disediakan di bawah.
BACA JUGA: SEMAK BANTUAN 100 MYKAD
TARIKH MULA PEMBAYARAN STR FASA 3
Bantuan STR untuk fasa terbaru ini iaitu yang ketiga, akan mula disalurkan ke akaun penerima masing-masing pada:
- Penerima sedia ada: Mulai 12 Ogos 2025 secara berperingkat.
- Penerima baharu rayuan: Mulai 21 Ogos 2025 secara berperingkat.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN
Bayaran yang diterima adalah mengikut kepada kategori masing-masing iaitu:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 – RM650 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM300 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan Bawah RM5,000) | RM150 (Berumur ≥ 60 tahun) |
Bujang (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 (Berumur 21-59 tahun / OKU Berumur 19-59 tahun) |
SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 3
Status penerima sama ada layak atau tidak boleh disemak dengan kaedah berikut:
- Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN
Bayaran bantuan ini kepada penerima adalah menggunakan kaedah berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]