MYSTR FASA 1 2026 : SEMAKAN ONLINE BANTUAN STR
Permohonan baharu dan perubahan permohonan sudah boleh dilakukan sejak 13 Oktober 2025 lagi sehingga sepanjang tahun. Perubahan atau kemaskini data perlu dilakukan oleh penerima yang tidak melakukannya selama tiga tahun berturut-turut.
Hal ini digesa untuk melakukannya dengan segera kerana bagi melancarkan proses semakan penerima kelak dan juga penyaluran bantuan sejurus tarikh rasmi diumumkan.
Bagaimanakah mySTR fasa 1 2026? Sila teruskan membaca artikel ini untuk ketahui maklumat selanjutnya dan yang terkini.
BACA JUGA: CHECK STATUS MYKASIH 2026
SEMAKAN KELAYAKAN MYSTR FASA 1 2026
Berikut merupakan cara semakan bantuan STR yang terkini:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
DAFTAR AKAUN BAHARU MYSTR 2026
Penerima harus melakukan pendaftaran sekarang untuk memudahkan semakan dilakukan nanti apabila penyaluran bantuan STR bermula:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
TARIKH RASMI MYSTR FASA 1 2026
Sehingga kini, tarikh penyaluran bantuan STR untuk Fasa Pertama masih belum diketahui kerana belum ada hebahan terkini oleh Kementerian Kewangan.
Kami akan kemaskini maklumat apabila adanya hebahan maklumat terkini mengenai bantuan oleh kementerian.
JUMLAH PENYALURAN STR 2026
Seperti yang dihebahkan melalui Belanjawan 2026, jumlah bantuan STR kali ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lepas. Rujuk rajah berikut untuk ketahui jumlah yang diperuntukkan bagi setiap kategori:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.