MYKASIH STR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Peningkatan kadar bantuan yang diberikan kepada rakyat sangat membantu mereka dalam meneruskan kehidupan pada abad yang dilanda krisis ekonomi pada masa kini.
Hal ini menunjukkan kerajaan komited dalam membantu rakyat dan prihatin akan kesempitan hidup yang dihadapi oleh rakyat.
Bagaimanakah MyKasih STR 2025? Sila ikuti info penuh dibawah.
BACA JUGA: LOGIN STR
SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH STR 2025
Terdapat dua pautan dibawah yang boleh digunakan untuk membuat semakan status:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN
Bantuan ini disalurkan kepada penerima seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
TARIKH SALURAN MYKASIH STR 2025
Pengagihan bantuan ini adalah pada:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.
PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH STR 2025
Pembelian dikedai runcit berdaftar menggunakan MyKad adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]