MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS : SEMAK KELAYAKAN 2025

MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS : SEMAK KELAYAKAN 2025

Rakyat yang memenuhi kelayakan untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah 2025 boleh mula membeli barangan keperluan asas yang disalurkan melalui kad pengenalan masing-masing.

Kerajaan amat mengharapkan agar bantuan yang disalurkan ini telah memberi kelegaan dan kesenangan kepada rakyat jelata.

Bagaimanakah MyKasih SARA semakan status? Sila ikuti info dan maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN LAPTOP PERCUMA SWITCH

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Kelayakan berikut merupakan kriteria yang perlu ada pada penerima bantuan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersatus eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN

Dua pautan disediakan dibawah untuk penerima melakukan semakan status:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    • [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    • [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  11. Selesai.

SEMAKAN PANDUAN MEMBELI BARANGAN ASAS MYKASIH SARA DI PASARAYA

Penerima bantuan boleh merujuk panduan membeli barangan keperluan asas berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  • Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment