MYKASIH SARA SEMAKAN 2026 : CARA SEMAK BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Kementerian telah membuat pengumuman rasmi mengenai bila tarikh penyaluran Sumbangan Asas Rahmah sesi 2026 akan bermula. Semua penerima bantuan boleh terus melakukan semakan kelayakan masing-masing bagi ketahui kategori dan kelayakan anda.
Cara untuk melakukan semakan boleh dirujuk dibawah yang mana boleh dilakukan secara dalam talian sahaja melalui Portal Rasmi.
Bagaimanakah MyKasih SARA semakan 2026? Ikuti info serta maklumat selanjutnya dibawah.
BACA JUGA: SEMAKAN RAYUAN SBP
MYKASIH SARA SEMAKAN KELAYAKAN 2026
Semakan kelayakan penerima boleh dilakukan dengan dua kaedah berikut:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN MYKASIH 2026
Pengkreditan bantuan SARA 2026 ini akan dimulakan pada 9 Januari 2026 ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia semalam. Bantuan ini disalurkan secara bulanan kepada penerima melalui kad pengenalan masing-masing.
JUMLAH BAYARAN SARA 2026
Penerima boleh semak rajah dibawah untuk ketahui jumlah bayaran yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada setiap penerima mengikut kategori masing-masing secara keseluruhan:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | RM600 |
CARA SEMAKAN BARANGAN SARA MYKASIH 2026
Rujuk panduan berikut untuk ketahui cara-cara menyemak barangan MyKasih yang boleh dibeli di kedai dan pasaraya yang berdaftar di seluruh negara:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]