MYKASIH 2026 SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA RM200, RM100, RM50 SETIAP BULAN
Bantuan SARA 2026 merupakan program bantuan anjuran bersama MyKasih di mana ianya menggunakan kad pengenalan sebagai medium verifikasi untuk penerima bantuan.
Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad boleh digunakan untuk membeli kelengkapan asas yang diperlukan di kedai runcit mahupun pasaraya yang berdaftar. Senarai barangan dan kedai yang dibolehkan untuk guna MyKasih boleh disemak dalam talian seperti yang ditunjukkan dibawah.
Bagaimanakah MyKasih 2026 semakan status? Sila teruskan bacaan untuk ketahui maklumat berikutnya.
BACA JUGA: CARA MOHON KASIH JOHOR
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2026
Kelayakan penerima boleh disemak secara dalam talian seperti cara yang disenaraikan berikut:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2026
Barangan yang dibolehkan untuk dibeli dengan menggunakan bantuan yang disalurkan ke kad pengenalan penerima boleh disemak dengan menuruti panduan berikut:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2026
Bantuan MyKasih 2026 yang disalurkan kepada penerima secara keseluruhan adalah seperti berikut mengikut kategori:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | RM600 |
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]