MYKASIH 2026 ONE OFF : SEMAKAN STATUS, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN SARA ONE-OFF
Seramai 5 juta penerima Sumbangan Asas Rahmah tahun 2026 yang terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan, serta 3.1 juta individu bujang pada 16 Januari 2026.
Penerima bantuan SARA 2026 secara bulanan ini akan menerima bantuan antara RM50 hingga RM200 mengikut kategori kelulusan yang akan disalurkan ke MyKad masing-masing.
Bagaimanakah MyKasih 2026 one off? Sila rujuk info-info mengenai bantuan yang ada di bawah.
BACA JUGA: BANTUAN SKAS 2026
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026 ONE OFF
Rujuk maklumat berikut untuk ketahui kriteria yang diperlukan untuk menjadi penerima bantuan ini:
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia |
| Umur | Bermula 18 tahun dan ke atas |
Kelayakan bantuan SARA ONE-OFF ini adalah secara automatik dan tidak memerlukan sebarang permohonan.
TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF
Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima pada 9 Februari 2026 dengan jumlah sebanyak RM100 ke MyKad penerima yang berkelayakan.
Tujuan penyaluran dilakukan pada bulan Februari ini adalah untuk membantu rakyat dalam membuat persiapan menyambut bulan Ramadhan bagi agama Islam dan sambutan Tahun Baru Cina bagi kaum Cina.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan disalurkan dengan mengikut kaedah yang telah ditentukan seperti berikut:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
SEMAK STATUS PENERIMA MYKASIH 2026 ONE OFF
Status penerima bantuan SARA secara one off ini boleh disemak sekarang dengan merujuk panduan yang disediakan dibawah:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA one off 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]