MYKASIH 2025 BARANG DAPUR : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Umum sudah maklum akan bantuan SARA MyKasih 2025 adalah disalurkan melalui MyKad penerima secara bulanan dengan jumlah yang telah ditetapkan untuk setiap kategori.
Hal ini dilakukan supaya golongan miskin yang layak dapat menerima manfaat bantuan ini dengan pembelian barangan asas di kedai-kedai runcit berdaftar.
Bagaimanakah MyKasih 2025 barang dapur? Sila ikuti penjelasan dibawah untuk mengetahui info-info dan maklumat lanjut mengenai bantuan.
BACA JUGA: LOGIN STR
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025
Kriteria penerima bantuan SARA ini haruslah seperti senarai berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN STATUS MYKASIH BARANG DAPUR 2025
Penerima Sumbangan Asas Rahmah 2025 ini boleh membuat semakan status berpandukan langkah-langkah dibawah:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PENGKREDITAN BANTUAN BARANG DAPUR
Penyaluran bantuan SARA 2025 kepada penerima adalah dengan menggunakan kaedah berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
TARIKH PENGKREDITAN MYKASIH BARANG DAPUR 2025
Kerajaan telah mengeluarkan garis masa untuk pengkreditan bantuan ini supaya penerima dapat membuat semakan dari semasa ke semasa. Rujuk rajah dibawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.
SENARAI BARANG DAPUR MYKASIH 2025
Berikut merupakan antara 10 kategori barangan dapur yang mempunyai label MyKasih dan boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Sumbangan ini adalah berbeza bagi setiap kategori dan disalurkan secara bulanan kepada penerima. Rajah dibawah menunjukkan jumlah keseluruhan dan bulanan kepada penerima:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | BAYARAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM) |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]