MYKASIH : SEMAKAN STATUS & KELAYAKAN 2025
Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan setiap bulan kepada penerima yang berkelayakan telah banyak membantu rakyat Malaysia dalam menampung perbelanjaan bulanan kehidupan mereka.
Pembelian barangan keperluan asas kini boleh dilakukan di lebih 7300 kedai dan pasaraya terpilih seluruh negara. Hal ini menunjukkan bahawa program bantuan ini amat disambut baik oleh ramai pihak.
Apakah MyKasih? Ikuti info-info serta maklumat berkaitan bantuan dengan cepat dan mudah dibawah.
BACA JUGA: CARA SEMAKAN BUDI95
PENGENALAN MYKASIH
Pelaksanaan program MyKasih di mana bantuan tunai bulanan yang dijalankan oleh kerajaan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), hanya kepada penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang layak.
Kaedah penggunaannya ialah dengan sistem cashless, yang bermaksud duit bantuan tidak diberi secara tunai, sebaliknya diimbas dengan MyKad (Kad Pengenalan) sewaktu melakukan pembelian barangan keperluan. Pengeluaran duit bantuan adalah sama sekali tidak boleh dilakukan.
Hanya beberapa barang yang diluluskan (kategori asas) sahaja yang boleh dibeli. Sekiranya ada pembelian barang yang tidak termasuk (contoh barang elektrik, jajan, rokok), transaksi pembelian akan terus ditolak.
SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH
Bantuan ini adalah layak untuk penerima STR 2025 yang telah disahkan melalui data Miskin Tegar dan Miskin dalam eKasih. Golongan ini adalah layak untuk SARA 2025 berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan selama tempoh 12 bulan (Januari 2025 – Disember 2025).
Di samping itu, kadar tambahan telah diadakan kepada semua penerima STR 2025 yang daripada kategori Isi Rumah serta Warga Emas Tiada Pasangan dengan bantuan sebanyak RM100 / RM50 setiap bulan untuk tempoh 9 bulan (April 2025 – Disember 2025).
Penerima SARA 2025 ini akan menerima bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) dan automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Rujuk dua panduan berikut untuk ketahui semakan kelayakan masing-masing:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
SEMAKAN BAKI BANTUAN
Penerima boleh menyemak baki bantuan yang ada selepas menggunakannya dengan melayari pautan berikut dan paparan baki akan dinyatakan:
- Tekan link ini untuk membuat semakan: Semak Baki MyKasih
Selain itu, anda juga boleh membuat semakan baki dan juga pengkreditan bagi bulan tersebut melalui aplikasi MyKasih.
TARIKH PENGGUNAAN BANTUAN
Umum sudah maklum bahawa penyaluran bantuan ini kepada golongan miskin dan miskin tegar eKasih adalah bermula dari Januari 2025 lagi manakala untuk golongan bukan eKasih adalah dari April 2025.
Bantuan yang disalurkan ini walaubagaimanapun harus digunakan sehingga tiada baki sebelum 31 Disember 2025 iaitu tarikh akhir bagi penggunaan bantuan ini. Penerima disarankan untuk mengambil perhatian lebih dan cakma akam tarikh akhir penggunaan ini.
SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH
Sebanyak 14 kategori barangan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan ke MyKad penerima bantuan.
Kategori barangan ini termasuklah makanan seperti beras, roti, minyak masak, mi segera, minuman, biskut, serta barangan keperluan diri dan kebersihan seperti ubat-ubatan, sabun, dan syampu.
Senarai barangan secara terperinci adalah seperti berikut:
- Beras: (Contoh: Jasmine, Faiza)
- Roti: (Contoh: Gardenia, Massimo)
- Telur: (Contoh: QL Eggs, NutriPlus)
- Minyak Masak: (Contoh: Saji, Alif)
- Tepung: (Contoh: Cap Ros, Blue Key)
- Mi Segera: (Contoh: Maggi, Indomie)
- Makanan Dalam Tin: (Contoh: Ayam Brand, TC Boy)
- Minuman: (Contoh: MILO, Dutch Lady)
- Biskut: (Contoh: Munchy’s, Julie’s)
- Ubat-ubatan Ringan: (Contoh: Panadol, Strepsils)
- Produk Kebersihan Diri: (Contoh: Colgate, Dettol)
- Sabun / Pencuci Pakaian: (Contoh: Top, Dynamo)
- Sabun Basuh Pinggan: (Contoh: Sunlight, Axion)
- Cecair Pencuci Lantai & Disinfektan: (Contoh: Ajax, Dettol)
Antara barangan yang tidak boleh dibeli menggunakan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Rokok dan alkohol
- Barangan elektronik (telefon, TV, laptop)
- Pakaian mahal atau barangan mewah
- Makanan segera bukan dalam kategori barangan asas (Contoh: KFC, McDonald’s)
- Petrol atau gas
- Kosmetik premium
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]