MY SALAM 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA & TUNTUT ONLINE
Kerajaan mewujudkan perlindungan takaful bagi membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal setelah berhadapan dengan krisis ekonomi akibat daripada penyakit yang dihidapi.
Bagaimanakah My Salam? Ikuti penerangan selanjutnya mengenai skim ini di dalam artikel ini.
BACA JUGA: SEMAKAN BAYARAN STR
MANFAAT MY SALAM 2025
Skim perlindungan ini mengandungi dua manfaat yang akan dinikmati oleh penerima iaitu:
- Manfaat Hospitalisasi
- Penerima MySalam yang dimasukkan ke Hospital Kerajaan, Hospital Universiti, atau Hospital Angkatan Tentera, LAYAK untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari (Terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun).
- Manfaat Penyakit Kritikal
- Penerima MySalam yang disahkan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di MySalam boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 daripada MySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali dalam seumur hidup.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan kelayakan yang diperlukan untuk mendapat manfaat skim ini:
- Penerima bantuan progran khas kerajaan
- Penerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Menepati kategori umur yang ditetapkan
- Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
- Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Catatan: Secara automatik semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam.
SEMAKAN KAEDAH DAN PANDUAN ONLINE MY SALAM 2025
Kaedah semakan kelayakan Skim Perlindungan MySalam adalah seperti berikut:
- Secara Atas Talian (Online) melalui laman rasmi MySalam; atau
- Sila layari Portal Rasmi mySalam di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal mySalam akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bawah, pergi ke bahagian kanan di ruangan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik [Semak].
- Jika anda LAYAK maklumat akan dipaparkan:
- “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2024 & 2025. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”.
- Selesai.
- Melalui kiriman Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon yang dikemaskini dalam permohonan bantuan kerajaan (STR/BR1M/BSH/BPR/BKM).
CARA MEMBUAT TUNTUAN SKIM MY SALAM
Tuntutan ini boleh dibuat untuk dua jenis tuntutan iaitu seperti berikut:
- Tuntutan Penyakit Kritikal
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor]
- Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor]
- Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
- Tuntutan Perlindungan Hospitalisasi (Ward)
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
TEMPOH MASA PROSES TUNTUTAN
Proses untuk kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal akan mengambil masa sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Namun begitu, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, masa lebih lama mungkin akan diambil sehingga dokumen yang lengkap telah diterima untuk memproses tuntutan.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan yang dimohon. Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.
RUJUKAN
Pihak kami disini sekadar berkongsi informasi serta maklumat terkini bagi memudahkan jangkauan pengguna. Sekiranya terdapat sebarang persoalan berkaitan skim MySalam ini. boleh rujuk kepada pihak berwajib dibawah:
- E-mel : [email protected]; atau
- Hubungi talian MySalam : 1 300 888 938