LOGIN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2025 sekarang sudah memasuki fasa yang ketiga untuk penyaluran bantuan kepada penerima. Berbeza dengan bantuan SARA, bantuan STR disalurkan secara berfasa dan berperingkat kepada penerima secara penunaian di kaunter bank BSN ataupun secara terus ke dalam akaun bank masing-masing.
Bagaimanakah login STR 2025? Ikuti info selanjutnya dibawah.
BACA JUGA: BANTUAN SABAH 2025 RM900
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Bantuan STR 2025 mempunyai kelayakan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PAUTAN RASMI LOGIN STR 2025
Pengguna boleh menekan pautan berikut untuk memasuki portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
PANDUAN LOGIN STR 2025 SEMAK STATUS PENERIMA
Panduan berikut adalah untuk mengetahui status semasa penerima bantuan:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan kepada penerima adalah berdasarkan jenis penerima iaitu:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan. |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]