LOGIN BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN FASA 1
Pada kali ini, kerajaan telah pun menyusun semula pemberian bantuan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026.
Perubahan ini melibatkan lebih 8 juta rakyat yang layak menerima bantuan SARA secara bulanan, termasuk 400,000 daripada kalangan miskin dan miskin tegar mengikut pangkalan data eKasih.
Bagaimanakah login bantuan STR 2026? Rujuk panduan dibawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: SARA BUJANG 2026
LOGIN SEMAK STATUS BANTUAN STR 2026
Semakan status perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan anda layak untuk mendapat bantuan ini. Rujuk langkah-langkah berikut untuk melakukannya:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan akan dikreditkan kepada penerima melalui kaedah yang berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
LOGIN TARIKH PENYALURAN BANTUAN STR 2026
Tarikh rasmi untuk bantuan STR telah pun ditetapkan oleh Kementerian Kewangan iaitu seperti di bawah:
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Bantuan yang disalurkan kepada penerima adalah berbentuk tunai. Jumlah penyaluran kepada setiap penerima mengikut kategori adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) | BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1-2 : RM1,200 Anak 3-4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1-2 : RM300 Anak 3-4 : RM400 Anak 5 dan Ke atas : RM500 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 | Tiada (0) Anak : RM100 Anak 1 hingga 2 : RM100 Anak 3 hingga 4 : RM150 Anak 5 dan Ke atas : RM200 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 | RM150 |
| Bujang | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA |
RUJUKAN
Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]