EKASIH 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

EKASIH 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Umumnya, penerima STR 2025 yang disenaraikan sebagai miskin dan miskin tegar dalam data eKasih akan turut menerima bantuan tambahan seperti Sumbangan Asas Rahmah secara bulan mengikut kadar yang telah ditetapkan untuk setiap kategori.

Bagaimanakah eKasih 2025 semakan? Ikuti info berikutnya dibawah.

BACA JUGA: CHECK MATRIK

EKASIH 2025 SEMAKAN STATUS PENERIMA

Bantuan yang diterima boleh disemak secara dalam talian sahaja seperti panduan dibawah:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS DI PASARAYA

Pembelian yang dilakukan di pasaraya atau kedai runcit berdaftar adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

SEMAKAN SENARAI BARANGAN EKASIH 2025

Barangan yang diluluskan untuk dibeli menggunakan bantuan adalah seperti berikut:

  1. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  2. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  3. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  4. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  5. Mee segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  7. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  8. Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  9. Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  10. Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  11. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  12. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  13. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment