CONTOH UJIAN KECERGASAN IPG (TIPS MUDAH LULUS)
Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai IPG ada meletakkan syarat untuk para pemohon untuk melepasi Ujian Kecergasan Fizikal bagi meneruskan sesi pengajian ke institut berikut.
Apakah contoh ujian kecergasan IPG? Ikuti penjelasan berikut dibawah untuk lebih info.
BACA JUGA: SARA 2025 SEMAKAN
PENGENALAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
Supaya melahirkan bakal guru yang mempunyai daya stamina serta ketahanan yang baik, Ujian Kecergasan Fizikal telah diadakan dan menjadi syarat untuk melayakkan diri ke Institut Pendidikan Guru.
Hal ini kerana dengan mempunyai kecergasan yang baik akan mampu untuk melahirkan guru siswazah yang sentiasa sihat, ceria, berdisiplin, berpekerti mulia, serta berwibawa yang mana seiring dengan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan.
Ujian ini perlu diambil oleh calon yang memohon program di IPG, seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
CONTOH UJIAN KECERGASAN IPG
Calon permohonan akan menjalan UKF yang menguji setiap daripada komponen berikut:
- Larian: Calon dikehendaki menjalankan jarak tertentu dalam masa yang ditetapkan. Contohnya, larian 2.5 kilometer dalam masa yang ditetapkan.
- Sit-up: Calon diuji dalam jumlah sit-up yang boleh anda lakukan dalam satu minit.
- Push-up atau Tekan Tubi: Calon diuji dalam jumlah push-up yang boleh dilakukan dalam satu minit.
- Pull-up: Calon diuji dalam jumlah pull-up yang boleh anda lakukan.
- Bebanan: Calon diuji dalam mengangkat bebanan tertentu seperti mengangkat barbel atau melakukan aktiviti yang melibatkan angkat dan bawa.
- Ujian kardiovaskular: Calon diuji melibatkan aktiviti seperti melompat, berjalan pantas, atau mengikut pola lantai tertentu untuk menguji daya tahan kardiovaskular mereka.
PANDUAN LULUS UJIAN KECERGASAN IPG
Antara tips untuk lulus yang telah dikongsikan sebagai persediaan, antaranya ialah:
- Sebelum menjalani ujian, lakukan persediaan seperti senaman dan latihan kecergasan. Contohnya buat latihan larian mengikut masa dan jarak yang ditetapkan.
- Jangan memaksa diri untuk lakukan latihan fizikal mengikut kemampuan badan anda.
- Bagi mereka yang mempunyai BMI agak melebihi daripada yang ditetapkan, sila amalkan diet yang sihat.
- Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, cuba turunkan berat badan.
- Jaga kesihatan sebaiknya dan dapatkan rehat yang cukup.
- Jaga pemakanan dan minum air secukupnya.
- Pakai pakaian sukan yang selesa dan sesuai semasa hari ujian dijalankan.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai maklumat lanjut berkenaan dengan UKF atau IPG, boleh rujuk pihak berwajib di:
- Laman web IPG : https://www.moe.gov.my/pendidikan/ipg.
- No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
- No. Faks : 03-8312 6655