CHECK SYUKUR SABAH 2026 : TARIKH & JUMLAH BAYARAN, STATUS KELAYAKAN
Program bantuan SYUKUR Sabah ini banyak memberi fokus kepada rakyat Sabah yang ada berdaftar dalam sistem pangkalan data kebajikan negeri seperti PADANS dan eKasih.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meringankan beban kewangan penerima serta memenuhi keperluan asas penerima terutamanya makanan agar mereka tidak terbeban dalam menjalani kehidupan seharian.
Bagaimanakah check SYUKUR Sabah 2026? Sila rujuk maklumat selanjutnya dibawah ini.
BACA JUGA: BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN
CHECK SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH 2026
Syarat-syarat berikut adalah diperlukan bagi menjadi penerima bantuan yang disediakan kerajaan negeri Sabah ini:
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
- KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala)
- Tambahan kriteria penerima:
- Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
Catatan: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.
CHECK GARIS PENDAPATAN KEMISKINAN RAKYAT SABAH
Kategori penerima untuk bantuan ini adalah dinilai dari jumlah pendapatan yang diperoleh oleh isi rumah itu. Rujuk rajah dibawah untuk ketahui lebih lanjut:
| Kategori Kemiskinan | Pendapatan Isi Rumah (Sebulan) | Pendapatan Per Kapita (Sebulan) |
|---|---|---|
| Miskin | RM 2,843 | RM 720 |
| Miskin Tegar | RM 1,257 | RM 310 |
Pendapatan isi rumah merujuk kepada jumlah keseluruhan pendapatan semua ahli keluarga dalam satu rumah, manakala per kapita ialah purata pendapatan bagi setiap ahli isi rumah.
Individu yang berada dalam julat ini yang berdaftar dalam eKasih serta PADANS dan juga memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan berpotensi untuk layak menerima bantuan SYUKUR Sabah 2026.
CARA MOHON SYUKUR SABAH 2026
Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon menjadi penerima bantuan ini. Rujuk panduan berikut:
- Log Masuk Sistem PADANS. Layari portal rasmi PADANS Sabah di https://padans.sabah.gov.my/ & log masuk.
- Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda boleh klik “Permohonan Baru SKR” dan isi borang untuk daftar akaun pengguna.
- Pilih Borang Permohonan.
- Untuk membuat pendaftaran Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026, anda boleh klik pada line tiga bar di atas bahagian kanan dan pilih “Borang Permohonan”.
- Lengkapkan Maklumat Diperlukan.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap terutamanya yang bertanda (*). Empat bahagian yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut:
- Ketua Isi Rumah
- Ahli Isi Rumah
- Indikator
- Pengesahan
- Hantar Permohonan
- Semak semula maklumat dan klik hantar. Anda akan menerima notifikasi dan pengesahan maklumat peribadi yang telah selesai dihantar.
CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH
Kelayakan penerima bantuan boleh disemak melalui tiga cara seperti berikut:
- Semakan Online Melalui Portal SYUKUR Sabah
- Layari portal SYUKUR Sabah: https://syukur.sabah.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
- Klik butang “Semak”.
- Status kelayakan akan dipaparkan sama ada:
- Layak
- Tidak Layak
- Dalam Semakan
- Semakan Online Melalui PADANS Sabah
- Layari portal PADANS Sabah di pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my
- Klik menu “Semakan Permohonan”.
- Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-).
- Klik “Semak” untuk paparan status kelayakan.
- Semakan Status Melalui Aplikasi YONO SuperApp
- Muat turun aplikasi YONO melalui Google Play atau App Store.
- Log masuk ke akaun anda.
- Pilih modul “Bantuan”.
- Semak status kelayakan bantuan SYUKUR Sabah 2026.
Individu yang tidak mempunyai nama setelah membuat semakan, boleh melakukan kaedah seperti berikut:
- Menyediakan dokumen sokongan seperti MyKad, bil utiliti atau surat pengesahan ketua kampung.
- Mengemaskini atau mendaftar maklumat terkini dalam sistem PADANS atau eKasih.
- Berkunjung ke Pejabat Daerah atau pusat bantuan berhampiran di Sabah untuk pendaftaran manual.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima mengikut ketetapan seperti berikut:
| Fasa | Tempoh Bulan | Tarikh Agihan | Jumlah Bantuan |
|---|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Mac | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
| Fasa 2 | April – Jun | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
| Fasa 3 | Julai – September | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
| Fasa 4 | Oktober – Disember | AKAN DIKEMASKINI | RM600 (3 bulan) |
CATATAN: Tarikh agihan tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan negeri Sabah.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN
Penerima akan menerima bantuan yang disalurkan dengan kaedah berikut:
- Akaun Bank: Bantuan akan dikreditkan secara terus (direct credit) ke dalam akaun bank penerima yang telah berdaftar dalam sistem PADANS/eKasih.
- Tunai: Bagi penerima di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses perbankan yang stabil, bantuan boleh disalurkan secara tunai melalui mekanisme yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis bagi memudahkan pengguna untuk mencari rujukan mengenai info terkini bantuan negeri Sabah. Untuk sebarang soalan atau info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026, sila rujuk pada :
- Laman web rasmi SYUKUR Sabah : syukur.sabah.gov.my
- Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/
- Facebook Sekretariat Sabah Maju Jaya https://www.facebook.com/SekretariatSMJ
- Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: 088 338 338 / 010 – 5828207 (Whatsap)