CHECK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK STATUS ONLINE

CHECK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK STATUS ONLINE

Program SARA 2025 telah dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari 2025, yang mana program ini menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah check Sumbangan Asas Rahmah? Sila rujuk info dan maklumat selebihnya di bawah.

BACA JUGA: SENARAI BARANG MYKASIH 2025

CHECK STATUS PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Terdapat dua pautan rasmi yang boleh digunakan untuk membuat semakan status penerima ini. Rujuk panduan berikut:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
    1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
    2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
    3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
    4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    6. Klik [Semak Status].
    7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
    9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
    1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
    3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
    4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
    5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
    7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    8. Semakan Permohonan
    9. Maklumat Pembayaran
    10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    12. Selesai.

KADAR PENYALURAN BANTUAN

Rajah dibawah menunjukkan jumlah penyaluran bantuan kepada penerima mengikut kategori yang diluluskan:

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN (RM)
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 2,100
Warga Emas : RM 1,650
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

CHECK STATUS PENERIMA SARA ONE OFF

Penerima yang layak iaitu berumur 18 tahun dan ke atas serta merupakan warganegara, boleh membuat semakan di pautan berikut untuk ketahui status terkini anda sebagai penerima:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Selesai.

CHECK CARA MEMBELI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Ikuti panduan yang disediakan berikut untuk melakukan pembelian menggunakan bantuan yang disalurkan:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

INFO: Bagi penerima SARA one off, pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment