CHECK STR FASA 1 : SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Esok bermulanya penyaluran bantuan STR bagi sesi 2026 untuk fasa yang pertama. Oleh itu, semua penerima digalakkan untuk membuat semakan status terkini di laman rasmi MySTR bagi ketahui kategori kelayakan serta jumlah bantuan yang diberi.
Bagaimanakah check STR fasa 1? Ikuti maklumat selanjutnya dibawah ini.
BACA JUGA: CARA SEMAKAN EKASIH 2026
CHECK STATUS KELAYAKAN STR FASA 1
Turuti panduan yang disediakan dibawah untuk melakukan semakan di MySTR:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN
Bantuan STR 2026 akan mula disalurkan kepada penerima yang lulus kelayakan pada tarikh seperti yang ditunjukkan dibawah:
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
CHECK JUMLAH BAYARAN STR FASA 1
Penerima juga akan ketahui berapa jumlah bayaran yang akan disalurkan untuk fasa 1 ini apabila melakukan semakan. Kadar bayaran kepada penerima adalah berdasarkan kelayakan masing-masing iaitu:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) | BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1-2 : RM1,200 Anak 3-4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1-2 : RM300 Anak 3-4 : RM400 Anak 5 dan Ke atas : RM500 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 | Tiada (0) Anak : RM100 Anak 1 hingga 2 : RM100 Anak 3 hingga 4 : RM150 Anak 5 dan Ke atas : RM200 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 | RM150 |
| Bujang | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN
Penerima akan mendapat bayaran secara tunai yang akan disalurkan melalui kaedah berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]