CHECK SAMAN : CARA SEMAK SAMAN TRAFIK, PDRM & JPJ MELALUI ONLINE

CHECK SAMAN : CARA SEMAK SAMAN TRAFIK, PDRM & JPJ MELALUI ONLINE

Pada zaman semuanya di hujung jari kini, orang ramai boleh membuat semakan sekiranya ada dikenakan saman trafik, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) secara dalam talian sahaja.

Berita baik sebelum tiba penghujung Disember 2025 ini, diskaun untuk bayaran masih lagi boleh digunakan. Ikuti info selanjutnya di dalam artikel ini untuk ketahui cara penebusan diskaun.

Bagaimanakah check saman? Ikuti maklumat selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN RM200 SEBULAN 2026

PERBEZAAN SAMAN PDRM DAN JPJ

Saman yang sering dikeluarkan selalunya adalah daripada PDRM atau JPJ. Beza diantara saman yang dikeluarkan boleh dibezakan seperti berikut:

JENIS SAMANJENIS KESALAHANCONTOH KESALAHANCARA SEMAK
Saman JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)Kesalahan lalu lintas berkaitan Akta Pengangkutan JalanTiada lesen, nombor plat tidak ikut spesifikasi, cukai jalan tamatMyJPJ, Portal JPJ
Saman PDRM (Polis Diraja Malaysia)Kesalahan trafik di jalan rayaTidak pakai tali pinggang, langgar lampu merah, lajuMyBayar Saman, SSO PDRM, SMS

KAEDAH CHECK SAMAN ONLINE

Saman yang dikenakan boleh disemak secara online dengan memerlukan maklumat nombor plat kenderaan sahaja. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan seperti berikut:

  • PORTAL MYBAYAR SAMAN PDRM
    1. Layari Portal MyBayar PDRM : https://mybayar.rmp.gov.my
    2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
    3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
    4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
    5. Buat semakan saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
    6. Buat pembayaran secara online.
  • PORTAL SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) PDRM
    • SSO PDRM ini bertujuan memudahkan orang ramai menyemak status perkhidmatan polis, termasuk Laporan Polis dan Saman Trafik.
      1. Layari portal SSO di: http://sso.rmp.gov.my
      2. Pengguna baharu perlu mendaftar akaun dahulu.
      3. Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
      4. Untuk menyemak saman, klik ikon ‘Status Saman’ dan masukkan Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan anda.
  • APLIKASI MYJPJ
    1. Muat turun aplikasi MyJPJ di:
    2. Log masuk ke akaun atau daftar akaun baru.
    3. Pilih senarai “Saman Yang Dimiliki” untuk melihat saman yang didaftarkan atas nama anda.
    4. Klik ‘Checkbox’ pada saman yang ingin dibayar.
    5. Semak jumlah saman yang dipilih.
    6. Klik butang “Bayar Saman”.
    7. Selesai bayaran.
  • MELALUI SMS
    1. Check Saman Polis
      • POLIS SAMAN [No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] ke 15888 atau 32728.
    2. Check Saman JPJ
      • JPJ SAMAN [No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] ke 15888.

CHECK DISKAUN SAMAN 2025

Saman yang belum berbayar dan tertunggak adalah berjumlah sebanyak RM6.6 bilion. Maka, Kementerian Dalam Negeri (DS Saifuddin Nasution Ismail) dan Kementerian Pengangkutan (YB Anthony Loke) telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan promosi diskaun saman yang melibatkan Polis dan JPJ.

Hal ini adalah supaya memberi peluang kepada rakyat untuk melunaskan bayaran saman yang tertunggak dengan jumlah bayaran yang mampu dibayar apabila diskaun dikenakan.

Kadar Diskaun 2025:

SAMAN TRAFIK POLISSAMAN TRAFIK JPJ
Diskaun 70%Diskaun 50%

Tempoh promosi adalah bermula dari 1 November 2025 sehingga 30 Disember 2025.

CARA ELAK DIKENAKAN SAMAN

Pengguna jalanraya boleh mengamalkan tips-tips berikut untuk mengelakkan dikenakan saman. Antaranya adalah:

  1. Patuhi had laju jalan raya & lampu isyarat.
  2. Pakai tali pinggang keledar atau topi keledar.
  3. Jangan guna telefon bimbit sewaktu memandu.
  4. Pastikan cukai jalan & lesen memandu tidak tamat tempoh.
  5. Jangan parkir kenderaan di kawasan larangan.
  6. Rancang perjalanan & ikut peraturan jalan raya.

RUJUKAN

Penulisan artikel ini adalah berdasarkan sumber rasmi dan sahih. Sebarang persoalan dan pertanyaan adalah disarankan untuk melayari portal rasmi berikut:

Leave a Comment