CHECK RESULT EXAM UITM (MYSTUDENT SEMAKAN)
Terkini! Keputusan peperiksaan UiTM untuk semester lepas telah diumumkan. Pihak UiTM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para mahasiswa yang memperoleh keputusan peperiksaan. Semakan keputusan peperiksaan UiTM boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi UiTM. Bagi pelajar yang mengalami masalah dalam semakan keputusan peperiksaan, boleh berhubung terus dengan pihak kampus masing-masing.
Bagaimanakah check result exam UiTM guna MYSTUDENT? Ikuti panduan lengkap di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT (FASA 3 2024)
PENGENALAN STUDENT PORTAL
Jika anda seorang pelajar UiTM, anda tentunya perlu menggunakan UiTM Student Portal bagi memudahkan serta melancarkan lagi urusan harian dengan pihak universiti.
Daripada proses pendaftaran subjek, semakan keputusan peperiksaan, serta pelbagai info terkini disiarkan di portal ini untuk makluman semua pelajar.
Buat pengetahuan anda, sehingga hari ini terdapat 34 kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di setiap negeri di Malaysia.
Tidak kira anda pelajar kampus di Selangor, Perak, Kedah, Melaka mahupun Terengganu, semuanya menggunakan sistem yang sama.
TARIKH CHECK RESULT UITM
Tarikh semakan keputusan peperiksaan bagi Semester Mac-Ogos 2024 diumumkan pada 30 Ogos 2024 jam 11.00 pagi. Sebelum check keputusan, mohon mahasiswa untuk melakukan semakan kepada beberapa perkara penting seperti yang dinyatakan di bawah bagi memastikan keputusan dapat diakses tanpa masalah.
- Lunaskan bayaran pengajian yang tertunggak
- Memberi maklum balas kepada Student Feedback Online (SuFo) di UFUTURE.
- Memuat naik gambar berukuran passport di https://kad.uitm.edu.my.
- Memuat naik maklumat tambahan mahasiswa di MyStudent.
- Biasiswa (jika ada)
- Pendapatan keluarga
- Bilangan adik-beradik
- Bukti kenyataan anak pertama yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam Malaysia
- Waris
CHECK RESULT EXAM UITM
Semakan keputusan peperiksaan UiTM boleh dibuat melalui dua (2) cara mudah iaitu melalui Portal MyStudent, atau UiTM Student Portal. Berikut dikongsikan panduan login MyStudent untuk semakan result exam:
CARA
- Layari portal MyStudent https://mystudent.uitm.edu.my/login.
- Klik pada [iStudent].
- Kemudian, masukkan Student ID dan password dengan betul.
- Tekan pada butang [Login].
- Semakan keputusan peperiksaan akan dipaparkan.
- Selesai.
Sekiranya keputusan peperiksaan tidak memuaskan, mahasiswa boleh mohon untuk buat rayuan semakan dengan bayaran yang telah ditetapkan pihak kampus. Tempoh rayuan semakan akan diberitahu dari semasa ke semasa dalam portal rasmi.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan semakan keputusan peperiksaan, boleh berhubung terus dengan pihak kampus di:
- Portal iStudent : https://istudent.uitm.edu.my/.
- Facebook Rasmi UiTM : https://www.facebook.com/UiTM.Student.Portal/