CHECK E KASIH 2025 : SEMAKAN STATUS SARA
Kelayakan bagi penerima bantuan SARA adalah berasaskan status penerima tersebut dalam kategori miskin dan miskin tegar yang disenaraikan di pangkalan data e-Kasih, iaitu data rujukan bagi kementerian dan agensi Kerajaan.
Bagaimanakah check e Kasih 2025? Ikuti maklumat seterusnya di dalam artikel ini di bawah.
BACA JUGA: PADANS SABAH 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E KASIH
Penerima bantuan ini adalah yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Bersatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CHECK STATUS PENERIMA E KASIH 2025
Terdapat dua pautan rasmi yang boleh digunakan untuk melakukan semakan status penerima bantuan. Berikut merupakan pautan beserta langkah-langkah yang perlu dituruti:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN
Rajah di bawah menunjukkan penyaluran bantuan dilakukan kepada setiap penerima:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
CHECK JUMLAH SALURAN BANTUAN E KASIH 2025
Penerima bantuan secara bulanan akan mendapat kadar bantuan berdasarkan kategori masing-masing seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:
PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
PANDUAN MEMBELI BARANGAN MYKASIH
Pembelian haruslah dilakukan dengan turutan yang disenaraikan seperti dibawah:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
- Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]