CEK STR FASA 1 2026 : SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah akan bermula pada 20 Januari 2026, Selasa bagi fasa yang pertama. Bantuan yang disalurkan adalah secara tunai dan terus kepada akaun bank penerima yang didaftarkan dalam akaun MySTR penerima.
Penerima digalakkan untuk membuat semakan status terkini secara dalam talian dengan melayari laman rasmi STR yang disertakan dibawah.
Bagaimanakah cek STR fasa 1 2026? Sila ikuti semua info terkini yang disenaraikan dibawah.
BACA JUGA: SARA BUJANG 2026
CEK STATUS PENERIMA STR FASA 1 2026
Penerima boleh membuat semakan terlebih dahulu untuk ketahui sama ada kelayakan anda diterima atau gagal. Rujuk panduan berikut untuk semakan:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
CEK TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Bayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah akan disalurkan pada tarikh rasmi berikut:
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
JUMLAH BAYARAN STR 2026
Secara keseluruhan, jumlah bayaran kepada penerima berdasarkan kategori yang ditetapkan adalah seperti di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA |
Amaun pembayaran bagi setiap Fasa (1 ,2 ,3 ,4) belum lagi dihebahkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR
Kaedah pengkreditan atau pembayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]