CEK STATUS MYKASIH 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN
Bantuan SARA merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR tetapi berbeza kaedah penyalurannya. Penerima bantuan SARA akan menerima bantuan melalui kad pengenalan yang hanya boleh digunakan untuk membeli kelengkapan keperluan asas.
Penerima STR pula akan menerima bantuan secara tunai yang disalurkan ke akaun bank penerima atau boleh dituntut di kaunter bank.
Bagaimanakah cek status MyKasih 2026? Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui info terkini mengenai bantuan.
BACA JUGA: CARA RAYUAN SBP
CEK STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2026
Terdapat dua pautan rasmi yang boleh digunakan untuk membuat semakan status terkini penerima SARA MyKasih 2026. Rujuk panduan berikut untuk membuat semakan:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN SARA 2026
Penerima bantuan untuk sesi 2026 boleh terus menyemak jumlah bantuan yang disalurkan selama setahun yang ditunjukkan di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | RM600 |
CEK SENARAI BARANG MYKASIH 2026
Jenama dan barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan boleh disemak dengan merujuk panduan berikut:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]