CARA TUKAR MYKAD ROSAK : ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

CARA TUKAR MYKAD ROSAK : ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

Kini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menyediakan kemudahan untuk rakyat yang ingin membuat penukaran MyKad yang rosak secara dalam talian sahaja.

Melalui kemudahan ini menjadikan segala urusan menjadi lebih pantas dan efisien.

Bagaimana cara tukar MyKad rosak? Ikuti panduan dibawah ini untuk ketahui dengan lebih mendalam.

BACA JUGA: BARANG DAPUR MYKASIH 2025

JENIS PERMOHONAN TUKAR MYKAD ROSAK

Hanya beberapa jenis gantian yang dibenarkan untuk membuat permohonan secara dalam talian sahaja iaitu seperti berikut:

  • Gantian kerosakan fizikal kad
  • Gantian kerosakan cip
  • Gantian biasa
  • Gantian hilang kali pertama (kecuaian)

BAYARAN DIKENAKAN TUKAR MYKAD ROSAK

Cas bayaran sebanyak RM10.00 akan dikenakan kepada warganegara, manakala bukan warganegara perlu membayar RM40.00.

Apabila permohonan dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan kad yang rosak, tiada caj akan dikenakan sewaktu membuat permohonan.

Bagi permohonan yang dilakukan secara dalam talian, pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad kredit. Apabila permohonan telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan, bayaran tidak akan dikembalikan semula.

Sesudah bayaran , anda boleh menyemak status permohonan untuk mengetahui sama ada MyKad baharu telah siap dan sedia untuk diambil di pejabat JPN.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Terdapat dua dokumen yang perlu ada dan siap disediakan untuk membuat permohonan ini iaitu:

  1. Dokumen pemohon (asal)
    • Kad Pengenalan pemohon yang rosak harus dibawa semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
  2. Dokumen Sokongan
    • Bagi pertukaran alamat, pemohon perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (Salinan asal atau yang disahkan)

SEMAKAN CARA PERMOHONAN TUKAR MYKAD ROSAK

Berikut merupakan panduan yang disediakan untuk membuat penukaran MyKad yang rosak secara dalam talian:

  1. Layari laman web permohonan MyKad rosak secara online melalui pautan berikut: https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  2. Pada halaman utama, klik pilihan “Mohon Gantian Bagi MyKad Anda” di bahagian Dalam Talian.
  3. Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat peribadi yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, alamat dan sebab kerosakan kad.
  4. Muat naik sebarang dokumen berkaitan seperti gambar kad rosak (jika perlu).
  5. Pilih cawangan JPN berhampiran yang anda ingin kunjungi bagi mengambil MyKad selepas siap.
  6. Selesaikan bayaran menggunakan kad kredit sahaja mengikut kadar yang ditetapkan:
  7. Setelah selesai, simpan resit dan nombor rujukan untuk semakan status permohonan.
  8. Layari semula laman web untuk menyemak sama ada MyKad baharu telah siap untuk diambil di pejabat JPN yang dipilih.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA ONE OFF DALAM MYKAD

Setelah MyKad telah kembali aktif dan boleh digunakan, anda boleh terus lakukan semakan untuk bantuan SARA one off yang bakal disalurkan pada Ogos nanti. Rujuk panduan berikut:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

WAKTU OPERASI GANTIAN MYKAD ONLINE JPN

  • Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
  • Cuti Umum : Sistem ditutup

TEMPOH WAKTU KUTIPAN MYKAD

Bagi tempoh untuk kutipan MyKad bagi transaksi permohonan dalam talian yang berjaya adalah bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut :

  • Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
  • Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
  • Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak

WAKTU OPERASI KAUNTER JPN

  • Isnin–Jumaat: 8.00 pg – 4.45 ptg (rehat 1.00–2.00 ptg / 12.15–2.45 ptg Jumaat)
  • Ahad–Khamis: 8.00 pg – 4.45 ptg (rehat 1.00–2.00 ptg)
  • Sabah, Sarawak, Labuan: 8.00 pg – 4.45 ptg (rehat berbeza mengikut negeri)
  • JPN Cawangan UTC: 8.00 pg – 7.00 mlm (hari bekerja), 8.00 pg – 5.00 ptg (hujung minggu)

RUJUKAN

Panduan ini disediakan untuk membantu memudahkan urusan anda dalam penggantian kad pengenalan yang hilang. Pastikan anda laporan polis telah dibuat dan tetapkan temujanji serta sediakan dokumen yang diperlukan agar urusan di JPN dapat berjalan dengan lancar.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di talian berikut:

Leave a Comment