CARA SEMAKAN STR ONLINE : FASA 3 SEMAK STATUS BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2025 ini bakal disalurkan pembayaran kepada penerima bermula esok, 12 Ogos 2025. Pembayaran yang dilakukan adalah secara tunai dan juga berfasa kepada penerima yang sedia ada dan juga penerima baharu.
Bagaimanakah cara semakan STR online? Sila teruskan pembacaan dalam artikel ini sehingga ke penghabisan untuk ketahui maklumat terkini mengenai bantuan.
BACA JUGA: BANTUAN MADANI RM100
TARIKH BAYARAN BANTUAN
Penerima telah pun sedia maklum bahawa penyaluran bantuan STR adalah secara berfasa dan berperingkat. Rujuk jadula berikut untuk ketahui:
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 3
Kaedah pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3 bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SEMAKAN JUMLAH PENYALURAN STR ONLINE
Jumlah penyaluran kepada penerima adalah berdasarkan kategori yang diluluskan masing-masing:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 – RM650 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM300 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA STR ONLINE
Status penerima boleh disemak dengan melayari pautan yang disediakan berikut:
- Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]