CARA SEMAKAN PLKN ONLINE : SEMAK KELAYAKAN PESERTA SESI 3.0 2025
Peserta yang telah memohon atau terpilih untuk menyertai program ini haruslah membuat persiapan lengkap bagi menghadapi aktiviti yang akan dijalankan.
Modul aktiviti yang disediakan adalah yang dirangka oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi serta Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri.
Bagaimanakah cara semakan PLKN online? Ikuti maklumat seterusnya di bawah.
BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI 2025
IMPAK PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA KEPADA PESERTA
Program latihan ini dilancarkan semula supaya peserta yang terlibat dapat memiliki semua kelebihan serta kemahiran yang diajarkan sepanjang program berlangsung. Antara kepentingan program ini kepada peserta adalah:
- Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
- Meningkatkan Semangat Patriotisme.
- Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
- Pembangunan Kemahiran Insaniah.
- Peluang Peningkatan Kerjaya.
- Jaringan Sosial dan Persahabatan.
- Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
- Memupupuk Semangat Kesukarelawanan.
- Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
- Membentuk perwatakan positif dan pengamalan nilai murni.
- Lahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.
CARA SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 3.0
Peserta yang berkelayakan mestilah mempunyai kriteria seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Pelajar Lepasan SPM;
- Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
- Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.
TARIKH SERTA LOKASI PLKN 3.0 BERLANGSUNG
Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 diadakan adalah selama 45 hari.
Lokasi-lokasi latihan ini diadakan adalah secara berperingkat seperti dibawah:
- Siri Pertama (1)
- Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Siri Kedua (2)
- Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
- Siri Ketiga (3)
- Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
CARA SEMAKAN STATUS PESERTA PLKN ONLINE
Pautan rasmi dibawah adalah untuk membuat semakan secara dalam talian. Peserta juga akan dimaklumkan dengan dua kaedah berikut:
- Anda boleh semak status kelayakan di pautan rasmi Portal JLKN : https://jlkn.mod.gov.my/.
- Melalui e-Mel :
- Calon yang layak akan menerima e-Mel permohonan melalui alamat e-Mel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Melalui Surat Panggilan Rasmi :
- Calon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Jika anda tidak dipanggil, ini bermakna anda gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0. Namun, anda masih berpeluang untuk dipanggil pada siri yang akan datang selagi usia belum mencapai 35 tahun.
RUJUKAN
Kami hanya sekadar berkongsi informasi terkini bagi memudahkan capaian dan pengetahuan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian : +603-4019 9999
- e-Mel : [email protected]