CARA SEMAK STR 2026 (FASA 1 ONLINE)
Orang ramai boleh mula menyemak status kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi 2026 ini. Fasa yang pertama akan disalurkan pada 20 Januari 2026 ini di mana penyaluran akan diberi melalui akaun bank penerima.
Bagi penerima bantuan yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional yang terdekat.
Bagaimanakah cara semak STR 2026? Sila ikuti cara yang boleh dilakukan dibawah.
BACA JUGA: SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Rujuk panduan di bawah untuk ketahui cara-cara menyemak status kelayakan penerima bantuan STR 2026:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
DAFTAR BAHARU AKAUN MYSTR 2026
Penyaluran bantuan STR untuk sesi 2026 ini memerlukan penerima membuka akaun baru bagi memudahkan proses semakan dan penyaluran dilakukan. Oleh itu, pendaftaran boleh dibuat dengan berpandukan langkah-langkah dibawah:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
CARA LOGIN SEMAK STR 2026
Setelah selesai melakukan pendaftaran, anda boleh cuba memasuki laman web MySTR dengan log masuk menggunakan id dan kata laluan yang dicipta tadi:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
SEMAK TARIKH PENYALURAN STR 2026
Pada 20 Januari 2026 iaitu hari Selasa akan disalurkan bantuan STR 2026 untuk penyaluran fasa 1. Bantuan akan disalurkan ke dalam akaun bank penerima manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Kadar bantuan STR 2026 yang disalurkan kepada penerima mengikut kategori adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.