CARA SEMAK STATUS STR – FASA 4
Menurut hebahan sebelum ini, penyaluran bantuan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa keempat akan disalurkan pada November 2025 kelak. Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pengkreditan masih belum diumumkan. Anda boleh merujuk kepada info dan maklumat yang sahih di portal rasmi bantuan.
Bagaimanakah cara semak status STR? Ikuti perkembangan terkini mengenai maklumat yang tepat dan sahih di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Bantuan STR bagi tahun ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan tatkala kos sara hidup kian meningkat pada abad ini.
Penambahan telah dilakukan bagi bantuan ini iaitu dengan mewujudkan Sumbangan Asas Rahmah iaitu bantuan bulanan yang disalurkan menerusi MyKad penerima. Penerima bantuan ini adalah untuk golongan miskin tegar, miskin dan juga B40 serta M40.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Individu yang mempunyai kriteria berikut adalah penerima bantuan STR ini:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN STR
Pembayaran untuk bantuan ini adalah secara tunai dan menggunakan dua kaedah bergantung kepada jenis penerima tersebut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
- Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu. Bayaran Fasa 3 akan ke akaun lama.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.
- Bagi pemohon kategori bujang, ibu tunggal tanpa anak, atau warga emas tiada pasangan yang tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran juga boleh diterima secara tunai di BSN.
- Bagi kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.
SEMAK STATUS JADUAL PEMBAYARAN STR
Penerima boleh rujuk jadual berikut untuk ketahui tarikh-tarikh pembayaran bantuan:
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : 12 Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
Penyaluran untuk Fasa 4, jumlah bayaran untuk kategori Isi Rumah yang berpendapatan RM2500 dan kebawah akan menerima RM150 hingga RM700 (ikut bilangan anak). Manakala, kategori warga emas pula adalah sebanyak RM150 dan katgori bujang pula akan menerima RM100.
JUMLAH BAYARAN STR
Berikut dikongsikan bayaran bantuan STR secara berfasa mengikut kategori:
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
1>2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
3>4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
5 atau lebih | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
1>2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
3>4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
5 atau lebih | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- Kategori Bujang 21 ke 59 Tahun
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
CARA SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 4
Ikuti langkah-langkah yang disenaraikan dibawah untuk ketahui cara yang betul untuk melakukan semakan:
- Layari Portal Rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk ke MySTR:
- Klik butang Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
- Tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
- Masukkan kata laluan MySTR anda.
- Semakan Status dan Butiran Bayaran.
- Pilih menu “Semakan Permohonan”
- Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.
SEMAK CARA JIKA TERLUPA KATA LALUAN LOGIN STR
Turuti panduan berikut untuk mendapatkan kata laluan yang baru:
- Layari laman web STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]