CARA MOHON KASIH JOHOR (2026 BANTUAN)
Kerajaan Johor telah berusaha dalam memastikan rakyat terus menerima sokongan menyeluruh berkaitan dengan kos sara hidup, kebajikan dan kesejahteraan sosial bagi golongan yang tidak berkemampuan.
Bantuan Kasih Johor (BKJ 2026) telah diwujudkan untuk melaksanakan hal-hal tersebut yang mana melibatkan bantuan bukan sahaja daripada bentuk kewangan tetapi juga bantuan daripada segi sosialiti masyarakat.
Bagaimanakah cara mohon kasih Johor? Ikuti info-info terkini mengenai bantuan ini dibawah.
BACA JUGA: CARA RAYUAN SBP
CARA MOHON BANTUAN KASIH JOHOR 2026
Rakyat Johor boleh membuat permohonan dengan melayari Portal Rasmi Negeri Johor ataupun melalui agensi pelaksana. Beriktu adalah cara-caranya:
- Buka portal rasmi permohonan BKJ 2026 : https://www.johor.gov.my/bantuan-kasih-bangsa-johor
- Daftar akaun pengguna menggunakan IC & nombor telefon.
- Isi maklumat peribadi yang diperlukan.
- Muat naik dokumen sokongan (jika diminta).
- Sahkan permohonan & hantar.
- Semak status permohonan secara berkala.
SEMAKAN GOLONGAN MOHON BANTUAN KASIH JOHOR 2026
BKJ 2026 adalah merangkumi pelbagai kumpulan sasaran yang memerlukan bantuan atau ada memainkan peranan penting dalam komuniti. Golongan berikut adalah golongan yang diperkatakan:
| Kategori / Golongan | Jenis Bantuan |
|---|---|
| Anak yatim | Bantuan tunai RM2,000 + simpanan SSPN untuk masa depan pendidikan. |
| Ketua isi rumah miskin/miskin tegar | Bantuan one-off RM2,000 seorang. |
| Ibu tunggal / keluarga tunggal | Bantuan khas seperti RM500 seorang. |
| Petani, penternak, nelayan | Bantuan one-off (contoh RM400 seorang) |
| Pesakit kronik (kanser, dialisis) | Bantuan kebajikan dan kos rawatan tertentu di bawah komponen BKJ. |
| Warga emas / OKU | Bantuan kebajikan & perlindungan sosial. |
| Pemandu teksi, e-hailing, p-hailing & pekerja pengangkutan | Termasuk penerima bantuan one-off BKJ. |
| Pesara tentera, polis & pesara awam | Diberi insentif khas di bawah BKJ. |
| Pekerja am, pekerja kebersihan sekolah, pengawal keselamatan | Tersenarai dalam penerima BKJ 2026. |
| Sukarelawan komuniti, ketua kampung, tok batin, wakil Orang Asli (JAKOA) | Bantuan khas & pengiktirafan. |
| Penggiat industri pelancongan, NGO, pelajar pra-universiti/asasi | Tersenarai dalam komponen sokongan motivasi & pendidikan. |
| Pengamal media berdaftar KMJ | Insentif khas RM1,000 seorang. |
TARIKH PENYALURAN BKJ 2026
Setakat ini, tarikh rasmi untuk penyaluran Bantuan Kasih Johor sesi 2026 masih belum diumumkan lagi oleh Kerajaan Johor. Apabila adanya hebahan pengumuman, kami akan segera kemaskini maklumat dan info dalam artikel kami.
JUMLAH BANTUAN KASIH JOHOR 2026
Berikut merupakan jumlah bantuan yang akan diterima oleh rakyat Johor yang tergolong sebagai penerima:
| Kategori | Jumlah Bantuan 2026 |
|---|---|
| Anak yatim | RM2,000 + Simpanan SSPN |
| Ketua isi rumah miskin / miskin tegar | RM2,000 one-off |
| Ibu tunggal | RM500 seorang |
| Petani / penternak / nelayan | RM400 seorang |
| Pengamal media KMJ | RM1,000 seorang |
| Pesakit kronik / warga emas / OKU | Bantuan kebajikan khas |
| Pemandu teksi / e-hailing / bas | Insentif one-off |
RUJUKAN
Semua informasi dan maklumat berkaitan Bantuan Kasih Johor 2026 dalam artikel ditulis adalah supaya memudahkan jangkauan orang ramai. Segala pertanyaan lanjut boleh lah merujuk kepada pihak berikut:
- Portal rasmi Kerajaan Negeri Johor
- Media Digital Johor
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor
- Pengumuman Menteri Besar Johor