CARA KEMASKINI STR 2026 (BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Rakyat yang pernah menjadi penerima bantuan STR dan tidak pernah kemaskini maklumat peribadi di portal STR selama tiga tahun berturut-turut perlu mengemaskininya sekarang bagi mengelakkan berlakunya masalah dalam penyaluran bantuan.
Bagaimanakah cara kemaskini STR 2026? Ikuti info berikutnya untuk ketahui maklumat mengenai bantuan STR 2026.
BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Anda boleh semak terlebih syarat-syarat kelayakan penerima bantuan STR dan ketahui kategori kelayakan anda dibawah:
- Isi rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- Warga emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
CARA DAFTAR AKAUN STR 2026
Penerima bantuan STR 2025 serta penerima baharu boleh merujuk panduan berikut untuk membuat pendaftaran akaun di portal baru mySTR:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
LOG MASUK MYSTR 2026
Setelah selesai melakukan pendaftaran akaun baharu di portal STR 2026, anda boleh cuba untuk log masuk bagi pengaktifan akaun dan caranya adalah seperti berikut:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENERIMA STR 2026
Berikut merupakan langkah-langkah untuk penerima yang ingin melakukan kemaskini maklumat peribadi di portal STR 2026:
- Layari portal rasmi STR 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.gov.my
- Seterusnya, klik pada menu utama Laman Utama MySTR 2026.
- Klik butang Log Masuk untuk meneruskan kepada halaman semakan dan kemaskini permohonan.
- Sistem akan membawa anda ke halaman Semakan Pemohonan.
- Jika anda pernah membuat permohonan STR sebelum ini tetapi belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
- Klik pada Daftar Pengguna Baru dan ikuti arahan untuk mencipta akaun baharu.
- Jika anda sudah mempunyai akaun STR, cukup klik SEMAK dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Pastikan maklumat ini dimasukkan dengan betul untuk mengelakkan sebarang masalah log masuk.
- Setelah berjaya log masuk, paparan Dashboard akan dipaparkan. Klik menu Kemas Kini Permohonan untuk memulakan proses kemaskini maklumat.
- Maklumat permohonan anda akan dipaparkan.
- Pilih bahagian maklumat yang anda ingin tukar.
- Setiap pertukaran maklumat, sila tekan [Teruskan].
- Kemudian, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Selesai.
RUJUKAN
Maklumat dan info yang ditulis dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai mengenai Panduan Permohonan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.