CARA GUNA KALKULATOR GAJI PENJAWAT AWAM (SSPA) : CHECK KENAIKAN GAJI 2024

CARA GUNA KALKULATOR GAJI PENJAWAT AWAM (SSPA) : CHECK KENAIKAN GAJI 2024

Pengumuman khas oleh PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji penjawat awam. Berita gembira ini telah diumumkan pada 16 Ogos 2024 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pelaksanaan ini dibuat secara berfasa iaitu dua fasa. Penjawat awam akan menerima peratusan peningkatan gaji di antara 16.8 peratus hingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda.

Bagaimanakah cara kira kenaikan gaji guna kalkulator? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2024 : SEMAKAN

PENGENALAN PELARASAN GAJI SSPA

Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.

“Seperti, penjawat awam sedang berkhidmat yang akan diselaraskan gaji pada Disember 2024, penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara,” jelasnya.

“Sebagai contoh, seorang guru yang telah berkhidmat selama lima tahun dengan pendapatan bulanan RM3,838 akan menerima pelarasan gaji sebanyak lapan peratus dalam Fasa 1, menjadikan pendapatan bulanannya kepada RM4,085.04.

“Dalam pelarasan gaji Fasa 2 pada Januari 2026, guru akan menerima tambahan pelarasan sebanyak tujuh peratus, menjadikan pendapatan bulanan mereka kepada RM4,559.24.

FASA KALKULATOR GAJI PENJAWAT AWAM

Pelarasan gaji penjawat awam ini dilakukan secara berfasa untuk mengelakkan inflasi. Dua (2) pembahagian penjawat awam dengan kadar peratusan kenaikan gaji yang berbeza seperti berikut:

  • Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
    • Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 8%
    • Fasa 2 (1 Jan 2026) : 7%
  • PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
    • Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 4 %
    • Fasa 2 ( 1 Jan 2026) : 3 %

TARIKH PELAKSANAAN GAJI SSPA

PM mengumumkan bahawa pelaksanaan gaji penjawat awam akan dilakukan sebanyak dua (2) fasa iaitu:

  • Fasa 1 : 1 Disember 2024.
  • Fasa 2 : 1 Januari 2026.

CARA GUNA KALKULATOR GAJI PENJAWAT AWAM SSPA

Para penjawat awam boleh mengikuti cara guna kalkulator untuk mengira gaji baharu:

  1. Layari pautan https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php untuk mengira gaji anda.
  2. Kemudian, masukkan maklumat diri.
    • Gaji hakiki pada 30 November 2024
    • Kumpulan perkhidmatan
    • Gred jawatan
  3. Klik butang [Kira].
  4. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai penyelarasan gaji baharu, boleh rujuk pihak berwajib di:

Leave a Comment