CARA DAFTAR TAHUN 1 : (SESI 2027) PANDUAN LENGKAP GUNA IDME
Berlainan daripada tahun-tahun sebelum ini, pendaftaran bagi persekolahan sesi 2027 untuk Tahun 1 adalah terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun. Hal ini adalah selaras dengan kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia yang membuka peluang kepada kanak-kanak yang cemerlang dan berkebolehan dalam menjalani persekolahan pada umur yang awal.
Ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak untuk Tahun 1 pada sesi 2027, anda boleh melakukannya dan juga semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara dalam talian.
Bagaimanakah cara daftar tahun 1? Ikuti maklumat berikutnya dibawah ini.
BACA JUGA: BANTUAN ONE OFF EM100
SYARAT LAYAK DAFTAR TAHUN 1 2027
Kanak-kanak yang mempunyai kelayakan seperti berikut adalah layak untuk mendaftar iaitu:
- Kanak-kanak warganegara Malaysia
- Kanak-kanak yang lahir pada:
- 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun)
- 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun)
TARIKH PENDAFTARAN
Ibu bapa boleh mula mendaftar anak-anak sebagai murid Tahun 1 untuk sesi 2027 kelak bermula pada 15 Februari sehingga 31 Mac 2026 seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Proses untuk melakukan pendaftaran murid tahun 1 ini boleh dilakukan secara dalam talian iaitu dengan melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), yang boleh diakses menerusi pautan ini: https://idme.moe.gov.my.
CARA UNTUK DAFTAR TAHUN 1 SESI 2027
Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian dengan merujuk panduan dibawah:
- Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Pengguna boleh muat turun Panduan Pemohonan Pendaftaran Tahun 1 di sini: tinyurl.com/manualdaftartahunsatu
Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna
RUJUKAN
Kami berkongsi maklumat yang tepat dan benar untuk anda kenalpasti dan ambil tahu mengenai bantuan kerajaan. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.
Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0
Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke:
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
- No. Tel : 03-88843501
- No. Fax : 03-88895244
- Email : [email protected]