CARA CHECK STATUS SARA : PANDUAN LENGKAP TERKINI 2025
Kini, penerima yang layak untuk menerima bantuan SARA sama ada secara bulanan ataupun secara one off boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas di 4100 buah kedai dan pasaraya yang berdaftar dengan MyKasih.
Bagaimanakah cara check status SARA? Ikuti info serta maklumat yang disediakan dibawah untuk ketahui.
BACA JUGA: MYSTR SEMAKAN : FASA 3 2025 ONLINE
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Rujuk syarat-syarat berikut untuk ketahui sama ada layak atau tidak untuk menjadi penerima bantuan ini:
- Warganegara Malaysia;
- Bersatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA CHECK STATUS PENERIMA SARA
Ikuti panduan berikut untuk ketahui status terkini anda:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
AMAUN BULANAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD
Setiap penerima telah pun ditetapkan kadar bantuan yang akan disalurkan secara bulanan berdasarkan kategori yang diluluskan masing-masing. Rujuk rajah berikut:
PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
CARA CHECK STATUS SARA ONE OFF
Berikut merupakan cara untuk membuat semakan untuk bantuan one off:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]