CARA CHECK BAKI MYKASIH : PANDUAN LENGKAP SEMAK SARA DALAM MYKAD
YAB Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan bahawa penyaluran bantuan untuk Program Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi 2026 mula disalurkan sejak Januari lagi. Beberapa penambahbaikan baru telah dilakukan untuk meningkatkan lagi keberkesanan penyaluran bantuan ini terhadap penerima.
Kerajaan telah menyasarkan sebanyak lebih 10,000 buah kedai kecil akan ditingkatkan menjelang akhir tahun 2026 ini berbanding lebih 3,000 buah kedai pada akhir tahun 2025 yang lalu.
Bagaimanakah cara check baki MyKasih? Ikuti lagi info terkini yang ada dalam artikel ini.
BACA JUGA: MYBRAIN 2026 REGISTRATION
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA
Bantuan SARA yang disalurkan secara bulanan hanyalah kepada penerima yang mempunyai kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih,
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
CARA CHECK BAKI MYKASIH ONLINE
Terdapat dua pautan rasmi yang boleh digunakan untuk membuat semakan kelayakan dan baki bantuan yang ada. Rujuk panduan berikut:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN
Setiap kategori telahpun ditetapkan jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada penerima melalui kad pengenalan masing-masing:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | RM600 |
CARA CHECK BARANGAN MYKASIH 2026
Penerima yang ingin menyemak senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan boleh merujuk panduan dibawah untuk melakukannya:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]