BAYARAN STR FASA 3 : SEMAKAN 2025 ONLINE
Hari ini akan bermulanya penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah untuk fasa yang ketiga bagi tahun ini. Penyaluran adalah secara tunai dan dimasukkan ke dalam akaun penerima yang diisi dalam permohonan sebelum ini.
Walaubagaimanapun, penyaluran ini adalah secara berperingkat dan mungkin mengambil masa beberapa hari untuk disalurkan. Orang ramai dinasihatkan sentiasa membuat semakan bagi mengetahui info semasa dan terkini.
Bagaimanakah bayaran STR fasa 3? Sila rujuk info-info terkini dalam artikel ini untuk tidak terlepas sebarang maklumat yang baharu.
BACA JUGA: SEMAK BANTUAN 100 MYKAD
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Penerima akan mula menerima bantuan STR ini secara berperingkat iaitu pada:
- Penerima sedia ada: Mulai 12 Ogos 2025 secara berperingkat.
- Penerima baharu rayuan: Mulai 21 Ogos 2025 secara berperingkat.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN
Bantuan yang disalurkan ini adalah mengikut kategori yang diluluskan masing-masing dari segi jumlah bayarannya. Rujuk rajah dibawah untuk ketahui:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 – RM650 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM300 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan Bawah RM5,000) | RM150 (Berumur ≥ 60 tahun) |
Bujang (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 (Berumur 21-59 tahun / OKU Berumur 19-59 tahun) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 3
Bayaran bantuan untuk fasa ketiga ini boleh disemak status kelulusannya dengan merujuk langkah-langkah yang disediakan dibawah ini:
- Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN
Bantuan ini disalurkan secara terus kepada penerima berdasarkan jenis penerima tersebut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]